Saturday 6 September 2014

From Family Day to Riadah 'Merdeka'

The title? What is all about? Meh nak citer. Al-kisah semalam, aku dan rakan-rakan seperjuangan Teslians yang lain, PISMP TESL JAN 12 had a very big and wonderful day together. After menghadapi 2 months of hectic and tiring days in school for practicum phase 2, kami semua bersantai-santai kat tepi pantai di Sri Nipah Resort, Bachok. Actually the trip was held sebab nak penuhi kami punya course on Persatuan course. Even though the day supposed to be held for a course tapi kita tetap dapat enjoy our day since dah lama terperap kat kampus & school. The trip name was Family Day tapi kitorang diberikan pilihan untuk menukar nama tu kepada Riadah Merdeka for the sake of the sponsorship. I mean, it is a good thing la, sebab kita tukar nama then kita dapat lebih budget for food. Thanks to the party!

Nak dijadikan cerita, bilangan kami terlebih sedikit dalam 7 - 10 orang jadi tak semua dapat pergi ke destinasi dengan perkhidmatan bus yang disediakan oleh pihak kampus. Sebagai jalan penyelesaian, ada sebilangan dari kami terpaksa pergi dengan kenderaan sendirian berhad. Aku pon tumpanglah kawan aku yang kaya yang ada kereta ni. On the way there, kitorang berhenti la kat stesen minyak to add fuel dan nak dijadikan cerita kami tak kenal destinasi tu. Pastu terkeluarlah cadangan 'weh, waze kan ade..guna je lah..mesti jumpenyerrr" Jadi kami pon gunalah menatang canggih yang ada sekarang ni iaitu waze agak2 macam gps jugaklah. Dari stesen minyak tu kami gerak sampai lah masuk ke area Bachok, tetibe waze tu cakap "in 800 meters, turn left" jadi dengan rakusnya kawan aku yang memandu ni tekan brek dan belok ke kiri. Belok kiri, belok kanan, aku tengok jalan ni makin lama makin pelik, makin sempit je macam menuju ke kampung bunian. 

Then mula rasa risau lah takut sesat. Kami pon amek keputusan tanya orang kampung tu betul ke tak jalan yang kami lalu nak ke sana ni. Tiba-tiba kami nampak ada pak cik tua kat tepi jalan, dengan yakin kami berhenti dan tanya dia 

kami : pok cik, kat mano ehh Sri Nipoh Resort, dari tadi doh kito lalu kot nih, tapi xjupo jupo.
pok cik : eee aa e eaaa (sambil tunjuk pak cik yang lain)

Rupa-rupanya kami baru faham, pak cik tu sebenarnya tak leh bercakap. Kami mitak maaf ye pak cik, kami tak tahu. Jadi kami tanyalah pak cik lain yang berhampiran. Dia cakap boleh lalu jugak jalan ni tapi jalan ni sempit la, jalan kampung. Kami pon bersyukur dan meneruskan perjalanan. Dalam perjalanan tu, memang kecekapan driver diuji. Mana taknye, jalan sempit yang amat, bertembung plaak ngan kereta lain memang himpit2 lah, ada plak jambatan kecil 2 3 biji, haishh, mendebarkan. Akhirnya, sabar punya sabar, slow punya slow, tersembul la kami ke jalan utama. Syukur.... bila masuk je jalan utama, nampak terus sign board ke Sri Nipah resort tu, dan setibanya kami disana, kami tengok semua orang dah sampai dan siap tengah buat stretching lagi. Memang malu la..kitorang bertolak dulu tapi kitorang sampai paling lewat dan sesat!! Hahahaha...jadi kesimpulannya, janganlah terlalu percaya kat menatang waze ni, dia ni calculate route paling dekat dah bagus cuma tak selamat la jalan tu dan tak efisien. 








First main lari dalam guni dan tarik upih. Memang macam budak-budak semuanya, tak kira dah walaupun rata-rata dah berumur 22 dan 23 tahun. Ada yang melompat macam pocong, ada yang berlari macam itik tergedek-gedek dalam guni. But who cares? We had fun!! Then main futsal. To be frank, aku ni tak leh main bola, tak pandai langsung. Jadi aku ni duk la tepi court tengok je la orang main. Sambil tengok tu satu soalan yang aku fikir, apekah keseronokkan diorang dapat? Aku tak paham. Dari dulu sampai sekarang soalan same je aku duk tanya. Hahaha..lantakla... 







Next game was relay game. Kitorang ganti-ganti complete games. Aku kena part makan tembikai laju-laju. Memang laju-laju makan tak tengok kiri kanan, tercekik termuntah aku dibuatnya. 




Last game was sandwich making. Aku tak take part sebab aku tak suke nak buat sandwich bagai. Hahahaha.. Kat bawah ni aku ada selitkan beberapa gamabr kami disana, jangan kutuk2 ye, kami memang suka selfie sebab confidence level kami tinggi. ^_^


These two pics were taken by our beautiful Ms. Marciana, here we have mix group. Lol







Sesungguhnya gambar itu memang menipu, jangan percaya dengan keanggunan dan keputihan pics ni ye, semua fake, thanks to Oppo Find 7 camera tech "beautify", memang pucat lesi semua dibuatnya.








Ni semua gambar kanak-kanak riang Ribena, kami semua memang hantu selfie. ^_^

Friday 5 September 2014

Aku, Kamu, Dia

You used to be someone who's always there besides me. Aku dan kamu, dua insan yang berbeza, miliki hati yang sama, perangai yang sama, kita pernah rapat, dulu. Aku mengenali kamu, satu detik waktu yang penuh magis, tidak dirancang tapi berlaku. Aku dan kamu, dulu sangat rapat, masih ingatkah kamu akan detik itu? Kamu jatuh, aku tarik tanganmu, membantu kamu bangun, basikal tua jadi saksi, detik nadi kita menjadi satu. Tapi.... itu satu detik tepukan sebelah tangan, dulu aku terbuai jauh, hanya aku tanpa kamu. Hampa. 

Kita selalu bersama, aku mengenali kamu sejak kita mula mengenal algebra, equation, quadratic equation, aku selalu buntu, kamu bantuku melihat, quadratic yang tajam mencucuk setiap satu sel otak aku, menjadi mudah. Sentiasa ke library, walaupun aku bukan pembaca buku, aku ke sana hanya untuk kamu, walaupun aku tak tahu aku hanya bertepuk sebelah tangan, kamu sentiasa disana, memberi aku harapan walaupun hanya sekejap. Tahukah kamu aku sentiasa hanya melihatmu? Tahukah kamu aku sentiasa disana diwaktu susahmu? Tahukah kamu aku menangis setiap kali kamu rebah dengan ilmumu? Perasaan hampamu, aku juga disitu, mengharap kamu sedar akan diriku. 

Ingatkah kamu semasa kita keluar bersama rakan-rakan? Ke satu tempat yang meluluhkan hatiku, ke satu tempat aku sedar dari buaian hidupku, satu tempat yang menyuluh kebenaran. Waktu itu kamu yang lewat, semua rakan lain ada bersama tapi tidak kamu. Tahukah kamu aku resah menantimu? Tahukah kamu betapa aku berharap kamu disitu waktu itu? Aku lelah menunggu, sehingga beberapa kali aku mencapai telefon bimbit hanya untuk kamu, tapi aku sabar menanti kehadiranmu. Menanti. Berharap. Seperti yang selalu aku buat, mimpiku. 

Saat itu akhirnya tiba. Aku berharap untuk melihatmu. Menyambutmu dengan senyuman. Tapi hampa, hanya hampa, senyuman tiada, perit, hati yang sakit, aku rebah melihatmu. Kenapa? Masihkah kamu ingat kamu datang dengan siapa? Dia. Kamu datang dengan dia disisimu. Aku kaku. Lidah kelu. Tiada kata-kata, hanya mampu menganggukkan kepalaku saat mu tiba. Jujur, aku luluh. Pelbagai cara aku buat, pelbagai emosi yang aku tunjukkan. Bosan? Marah? Resah? Gelisah? Aku lakukan hanya untuk kamu perasan akan kehadiranku. Perasan akan amarahku, perasan akan kegelisahanku. Tapi kamu disitu, disisinya, tanpa sedikit tolehan, mengendahkan perbuatanku. Aku hampa. Ingatkah kamu apa yang telah aku buat? Aku nyanyikan sebuah lagu hanya untukmu. Lagu yang aku selitkan rasa hampa hatiku, semua yang lain mampu melihatku disitu tetapi kenapa tidak kamu? 

Ingatkah kamu dengan kameraku? Kamera yang sentiasa ku bawa bila kita bersama. Dulu hanya aku dan kamu yang ada dalam kamera itu, tapi kini, dia juga disana. Tahukah kamu, kita semakin jauh selepas itu? Ingatkah kamu macam mana kita tidak keep in touch for a week? Aku berharap kamu mesejku, tapi kamu tidak. Aku mula menghilangkan diriku darimu. Kamu mahu bersamanya, fikirku. Tapi tahukah kamu aku tak boleh buat semua tu? Tahukah kamu aku disana? Ditaman bunga semasa kamu bersamanya? Kalau kamu buka kameraku, kamu akan tahu, aku sentiasa bersamamu. Betapa aku mengharap aku yang makan aiskrim bersamamu, aku yang pangku tidurmu, aku yang pegang erat tanganmu. Kamu dan dia, aku disini, ditinggalkan. 

Sampai saat ini, dimanakah kamu bersamanya? Kenapa kita putus talian begitu sahaja? Adakah kamu pernah merasakan perasaan yang sama dahulu? Tidak pernahkah ada sedikit rasa terhadapku sepertiku terhadapmu? Kini, dapatkah aku melupakanmu walaupun aku ditemani yang lain? Aku sentisaa bertanya pada diriku, tetapi ia sangat pelik. Aku sentiasa ada jawapannya. Jawapannya, tidak. Kenapa? Kerana kamu cinta pertamaku. Cinta pertama. 

Tuesday 2 September 2014

Once a Foodie, Forever a Foodie.

Am I a foodie? Travelling just for food? Spent most of my allowance for food? YES!! I am!! Aku ni memang pantang nampak makanan yang comel2, yang kiut miut, mulut ni terus rasa nak crunch them and rembesen saliva tu memang mencurah-curah. Jadi tak hairan la aku ni pernah berisi macam tong drumkan? Tu la aku nak cerita ni, pasala makanan aku ni memang tak berkira, once aku rasa makanan tu sedap automatically aku akan jadi loyal customer kat spot tu. Aku tak memilih, semua aku bedal terutama sekali makanan turun temurun orang melayu tapi once in a while, aku perlukan 'healing food' which are categorized under desserts, sweets, western, etc yang mana bukan makanan harian orang melayu. 

Sejak kebelakangan ni, aku ni selalu crave over western food and desserts. Sentiasa nak try new food for new taste. Jadi nak dijaikan cerita, nowadays aku keraplah ke sana ke sini perabih duit on food. As far as I remember the most recent food yang aku makan dan yang terbaik ialah kat cafe baru je dibuka berdekatan ngan kampus aku ni iaitu namanya Zahraa Cafe. Sebenarnya kafe ni kafe lame tapi telah diberi nafas baru oleh ownernya. Dulu kafe ni dikenali sebagai dua nama iaitu Snogurt & Hot & Chill tapi mungkin sebab tak dapat sambutan, diorang telah beri nafas baru untuk tarik pelanggan. Dulu they only offer frozen yogurt but now they add more menus macam spaghetti bolognese, muffins, ice blended, westerns food, dan macam-macam menus yang ada kat kafe lain. yelah, dulu hanya frozen yogurt, mana nak ramai pelanggankan? Sebab most of the people here in this location are students. Nak tak nak, students ni bila keluar mesti nak cari makanan berat, mana boleh hidup nak telan frozen yogurt for lunchkan? tak giteww?? 

So, semalam aku cubalah diorang punya spaghetti bolognese yang sedap mata memandang tu, portion enough to make normal people kenyang and sangat sedap!! Even one of my best friends yang bukan a big fan of pastas said "sedap gilo spageti ni!" (he's Kelantanese). Jadi korang rasa sendirilah sejauh mana kebenarannya sehinggakna ia mampu membuka selera bukan penggemar pasta untuk menyukai pasta. Sbenarnya semalam aku nak pergi MarryBrown sfor dinner tapi tetiba ternampak kafe baru tu dan tertaaik dengan deal yang diorang offer iaitu 1 Spaghetti Bolognese + Ice Blended (any flavours your choice) + 1 small cup Frozen Yogurt (any flavours your choice) for rm7.90!! Memang tersangat murah dan berbaloi-baloi!! Jadi buat masa ni, korang yang nak cuba bolehlah intai-intai diorang punya kafe, aku cerita ni tak dapat royalti pon, just wanna share barang baik ngan member2 semua. Kat bawah ni aku selitkan beberapa keping gambar diorang berserta gambar2 yang aku makan kat tempat lain, jadi korang cubalah ye..hehehe


Memang cantik diorang punya decoration.


Colourful walls, colourful paintings. 


Ni siap ada bed, kalo kenyang membuntal tu, boleh je terus baring tidur kat situ.


Frappucino dari Muhibbah kafe, sedap.




Yang 3 atas ni semua dari Sushi King, terbaikkkk



Yang ni Spicy Octopus Bibimbap dari MyeonDong Street Cafe, sebuah kiosk Korean cuisine yang baru dibuka di Kota Bharu.