Monday 25 August 2014

Turunkan Berat Badan Dengan Air Kosong

Sebenarnya ada banyak cara yang boleh kita lakukan untuk turunkan berat badan. Salah satu cara yang saya amalkan dari saya berbadan besar sehinggalah sekarang ialah minum AIR KOSONG setiap hari. Ramai yang cakap;

"bersenam sudah, diet pon sudah tapi kenapa berat aku ni tak turun-turun?"

Jawapan saya;

"minumlah air kosong banyak-banyak!"



Paling murah, jimat, selamat tanpa bahan asing dan sihat! Air kosong amat penting dalam proses menurunkan berat badan secara sihat, selamat dan murah tanpa supplement dan pembedahan kosmetik.

"Banyak mana nak minum air kosong ni? 8 gelas sehari? 2 liter sehari?"

"minimum 8 gelas sehari tetapi kuantiti air kosong yang diperlukan oleh badan kita adalah berbeza mengikut berat badan dan aktiviti harian yang dilakukan oleh individu tersebut."




Antara dua amalan yang saya amalkan untuk proses menurunkan berat badan saya ialah

1) unit ml = (40 X berat badan dalam kg) + 500 ml

Contoh berat badan saya ialah 75kg; jadi kuantiti air yang saya perlukan dalam sehari ialah 

(40 X 75kg) + 500 = 3620 ml @ 3.62 L air kosong 

2) Setiap kali minum minuman berperisa atau bergula, saya akan minum satu kali ganda air kosong dalam kuantiti yang sama dengan air berperisa atau bergula tersebut 

Contohnya, sarapan saya minum secawan coffee bergula. Setelah beberapa minit, saya akan minum secawan air kosong bagi menyeimbangkan atau meneutralkan gula yang terkandung dalam minuman coffee tadi.

Kebaikan minum air kosong:

  • membantu proses pembakaran kalori supaya lebih efektif
  • meningkatkan kadar metabolisme badan
  • menyingkirkan toksin
  • membantu menyihatkan buah pinggang
  • mengelakkan hidrasi ketika berdiet

No comments:

Post a Comment