Monday 25 August 2014

98kg to 68kg

Yes! I was 98kg. Tapi tu pon sebenarnya dah turun sedikit jika nak dibandingkan masa aku sekolah menengah dulu. Pernah capai angka 110kg kot. Tapi tu dululah..InsyaAllah aku cuba maintainkan berat badan ideal yang aku dah capai sekarang iaitu 67kg. Oppss..kalo berat ideal 67kg so terserlahlah ketidak berapaan nak tinggi aku ni kan? hahaha..tak apalah, nak buat camne memang dah dilahirkan tak berapa nak tinggi..hehehe

Nak dijadikan cerita, aku ni telah kehilangan more than 30kg in 5-6 months. How's that? hahaha..aku bila pikir-pikir balik aku pon tak tahu dari mana datangnya motivasi yang tinggi mendadak yang memberikan aku kekutan untuk capai berat ideal aku tu. Memang tak mudah sebenarnya untuk aku nak keep up dengan target and wawasan aku tu tapi aku cuba tahan segala hawa nafsu yang ada demi mencapai impian aku untuk turunkan berat badan.

"Apa yang kau buat?" 'Kau makan ubat kurus eaaa?" "Eh, kau ni dah cuba benda terlarang ke?" 

Nilah antara reaksi dan respon yang aku dapat bila jumpa rakan-rakan yang dah lama tak jumpa sebab diorang tak nampak perubahan aku secara perlahan-lahan. Mereka nampak aku jarang-jarang dan tiba aku dah "pooofff" kurus! Jadi tak hairanlah kalau mereka pikir yang bukan-bukan pasal aku. A simple answer came from me;

 "A lot!!" 

Yes, I did many things to become who I am today. Aku tak lokek nak share pengalaman dan amalan yang aku amalkan untuk kurus. Semua yang bertanya aku bagitahu, tak kasi caj pon, FOC jew. Apa yang paling penting ialah mereka dapat keep up dan disiplinkan diri je, memadai untuk dapat kesan kesan yang hebat!!


No comments:

Post a Comment