Tuesday 26 August 2014

Supplement versus Exercise?

Bermula dari 98kg dan sekarang berjaya turun ke 68kg. Memang satu penipuan besar @ a big lie la kalo aku cakap aku tak buat apa-apa untuk turunkan berat badan. Dulu aku pernah experience the same thing, ada la sorang kawan yang aku kenal ni pon mula kurus, pastu aku tanya la:

"eh, mung makan nape eh jadi kuruh gini? nok kuruh gop boh" (loghat teganu nie)

lalu si empunya badan menjawab:

"xdop wat nape eh, xwat nape pom, kuruh sendiri"

reaksi aku;



??? (buat muka setuju padahal dalam hati banyakla ko xbuat pape, Tuhan je tahu) hahahaha...

Memang adalah satu penipuan besar jika ada yang jawab macam ni. Korang kalo terjumpa orang macam ni layak bagi penampor je..nampak sangat kedekut nak share ilmu tu..

Aku tak malu nak mengaku, nak kurus memang banyak benda aku cuba, bermula dari slimming pills, shake2, kopi2, diet atkins, diet telur, diet protein, macam-macam la...tapi kalo korang tanya aku yang mane paling berkesan aku akan cakap DIET HEALTHY MEALS & EXERCISE!!! Memang tipula kalo ada produk yang cakap telan je pastu tido, bangun tido ppoofff kompem kurus!! produk macam ni tak yah percaya tak yah beli, semua nak untung je semata-mata. Aku bukanlah seorang pakar diet dan kesihatan atau pemakanan tetapi aku nak share pengalaman aku yang aku rasa berguna untuk semua kaawan-kawan aku serta orang yang curious nak tahu.

Diet Atkins sebenarnya mampu membantu tapi pada pendapat aku diet ini tak sesuai nak dilakukan buat jangka masa yang lama sebab badan akan menjadi craving over food yang korang skip especially carbohydrate & sweets. Boleh kalo korang nak buat diet atkins tapi biarlah berjadual dan tidak melampau sebab bila melampau, orang2 yang diet atkins ni tend to be anorexia (this is based on my experience) I had this problem once. Jadi penyelesaian yang aku amek ialah aku applykan healthy lifestyle lam aktiviti harian aku. Eat healthy and balanced meals & exercise!! Healthy meals ni korang bolehla refer pada pyramid makanan yang kita biasa guna dulu. Aku teringat masa waktu Pendidikan Jasmani dulu pon ada belajar benda ni lam kelas. 




Kena beringatlah, sila refer food pyramid yang Malaysian punya sebab food pyramid adalah berbeza mengikut region country. Diorang barat makan benda lain jadi kita janganlah nak ikot diorang..diorang perlukan lebih fat as well as calories sebab faktor cuaca dan iklim mereka yang berbeza. Portion food tu pon haruslah betul ye, refer gambar kat atas tu.



Exercise plak aku lebihkan cardio workouts sebab senaman ni mampu membakar lemak dengan efektif dan memberikan "after burn effect" yang sangat memberangsangkan. Kepada sesiapa yang tak tahu about after burn effect tu meh sini nak bagi tahu. Secara ringkasnya ia bermaksud jumlah calories yang badan korang akan bakar selepas anda exercise dalam masa 24 jam. Biasanya jumlah calories yang akan dibakar dalam masa 24 jam selepas anda exercise tu adalah sama dengan jumlah calories yang dibakar semasa anda lakukan exercise tu. Contohnya, running mampu bakar 600kcal dalam masa satu jam, pastu dalam masa 24 jam badan anda akan bakar calories dalam jumlah yang sama dalam tempoh 24 jam selepas itu walaupun anda berehat macam ikan duyung atas katil sambil nengok drama korea tu. For further info, boleh ask mr. google ye anak-anak...

emm..cukuplah setakat ni buat kali ni, next entry aku citer-citer lagi kat korang k..oklah, aku ada kelas nak kena mengajar, see u later ye..^_^


No comments:

Post a Comment