Friday 5 September 2014

Aku, Kamu, Dia

You used to be someone who's always there besides me. Aku dan kamu, dua insan yang berbeza, miliki hati yang sama, perangai yang sama, kita pernah rapat, dulu. Aku mengenali kamu, satu detik waktu yang penuh magis, tidak dirancang tapi berlaku. Aku dan kamu, dulu sangat rapat, masih ingatkah kamu akan detik itu? Kamu jatuh, aku tarik tanganmu, membantu kamu bangun, basikal tua jadi saksi, detik nadi kita menjadi satu. Tapi.... itu satu detik tepukan sebelah tangan, dulu aku terbuai jauh, hanya aku tanpa kamu. Hampa. 

Kita selalu bersama, aku mengenali kamu sejak kita mula mengenal algebra, equation, quadratic equation, aku selalu buntu, kamu bantuku melihat, quadratic yang tajam mencucuk setiap satu sel otak aku, menjadi mudah. Sentiasa ke library, walaupun aku bukan pembaca buku, aku ke sana hanya untuk kamu, walaupun aku tak tahu aku hanya bertepuk sebelah tangan, kamu sentiasa disana, memberi aku harapan walaupun hanya sekejap. Tahukah kamu aku sentiasa hanya melihatmu? Tahukah kamu aku sentiasa disana diwaktu susahmu? Tahukah kamu aku menangis setiap kali kamu rebah dengan ilmumu? Perasaan hampamu, aku juga disitu, mengharap kamu sedar akan diriku. 

Ingatkah kamu semasa kita keluar bersama rakan-rakan? Ke satu tempat yang meluluhkan hatiku, ke satu tempat aku sedar dari buaian hidupku, satu tempat yang menyuluh kebenaran. Waktu itu kamu yang lewat, semua rakan lain ada bersama tapi tidak kamu. Tahukah kamu aku resah menantimu? Tahukah kamu betapa aku berharap kamu disitu waktu itu? Aku lelah menunggu, sehingga beberapa kali aku mencapai telefon bimbit hanya untuk kamu, tapi aku sabar menanti kehadiranmu. Menanti. Berharap. Seperti yang selalu aku buat, mimpiku. 

Saat itu akhirnya tiba. Aku berharap untuk melihatmu. Menyambutmu dengan senyuman. Tapi hampa, hanya hampa, senyuman tiada, perit, hati yang sakit, aku rebah melihatmu. Kenapa? Masihkah kamu ingat kamu datang dengan siapa? Dia. Kamu datang dengan dia disisimu. Aku kaku. Lidah kelu. Tiada kata-kata, hanya mampu menganggukkan kepalaku saat mu tiba. Jujur, aku luluh. Pelbagai cara aku buat, pelbagai emosi yang aku tunjukkan. Bosan? Marah? Resah? Gelisah? Aku lakukan hanya untuk kamu perasan akan kehadiranku. Perasan akan amarahku, perasan akan kegelisahanku. Tapi kamu disitu, disisinya, tanpa sedikit tolehan, mengendahkan perbuatanku. Aku hampa. Ingatkah kamu apa yang telah aku buat? Aku nyanyikan sebuah lagu hanya untukmu. Lagu yang aku selitkan rasa hampa hatiku, semua yang lain mampu melihatku disitu tetapi kenapa tidak kamu? 

Ingatkah kamu dengan kameraku? Kamera yang sentiasa ku bawa bila kita bersama. Dulu hanya aku dan kamu yang ada dalam kamera itu, tapi kini, dia juga disana. Tahukah kamu, kita semakin jauh selepas itu? Ingatkah kamu macam mana kita tidak keep in touch for a week? Aku berharap kamu mesejku, tapi kamu tidak. Aku mula menghilangkan diriku darimu. Kamu mahu bersamanya, fikirku. Tapi tahukah kamu aku tak boleh buat semua tu? Tahukah kamu aku disana? Ditaman bunga semasa kamu bersamanya? Kalau kamu buka kameraku, kamu akan tahu, aku sentiasa bersamamu. Betapa aku mengharap aku yang makan aiskrim bersamamu, aku yang pangku tidurmu, aku yang pegang erat tanganmu. Kamu dan dia, aku disini, ditinggalkan. 

Sampai saat ini, dimanakah kamu bersamanya? Kenapa kita putus talian begitu sahaja? Adakah kamu pernah merasakan perasaan yang sama dahulu? Tidak pernahkah ada sedikit rasa terhadapku sepertiku terhadapmu? Kini, dapatkah aku melupakanmu walaupun aku ditemani yang lain? Aku sentisaa bertanya pada diriku, tetapi ia sangat pelik. Aku sentiasa ada jawapannya. Jawapannya, tidak. Kenapa? Kerana kamu cinta pertamaku. Cinta pertama. 

No comments:

Post a Comment